Sunday, September 25, 2011

DISIPLIN KAD KREDIT

  • Buat perbandingan erlebih dulu untuk mendapatkan kad kredit terbaik. Pilih kad yang member pengecualian yuran penyertaan dan yuran tahunan.
  • Membeli secara online hanya dilaman web yang boleh dieprcayai.
  • Bayar sebelum tarikh akhir pembayaran bagi mengelak dikenakan caj bayaran lewat atau penalty.
  • Untuk mengelak dikenakan faedah, bayar baki belum jelas sepenuhnya apabila anda menerima penyata bulanan. Berwaspada kesan membayar jumlah minimum.
  • Jika anda menghadapi masalah aliran tunai, bayar jumlah minimum terlebih dulu dan berusaha menjelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin.
  • Elak guna kad kredit jika anda tidak mampu membayar jumlah minimum bulanan.
  • Jangan guna kad kredit bagi mendapat pendahuluan wang tunai ATM. Ingat setiap kali anda menggunakan kad kredit mengeluarkan wang tunai, anda meningkatkan komitmen pinjaman selain dikenakan yuran pendahuluan wang tunai dan faedah harian.
  • Had bilangan kad kredit berdasarkan keperluan dan kemampuan pembayaran anda disarankan maksimum dua kad sahaja.





RUMUSAN
    • Kad kredit seharusnya digunakan sebagai kaedah pembayaran secara elektronik bagi menggantikan penggunaan wang tunai.
    • Kad kredit tidak harus digunakan sebagai alat mendapat kredit mudah.
    • Sentiasa jelaskan semua baki kad kredit tepat pada masanya.
    • Dengan hanya membuat bayaran minimum keatas kad kredit, anda akan menanggung kos faedah yang lebih akibat kesan faedah kompoun.
    • Baca dan fahami semua terma dan syarat sebelum menggunakan kad kredit anda.
    • Sentiasa menjaga kad kredit dan semak butiran transaksi anda. 



Friday, August 26, 2011

MENANGANI STRESS DI TEMPAT KERJA



Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.


Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan ditempat kerja berlebihan, ia boleh member kesan negative kepada individu samada dari segi mental dan emosi. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

Adakah anda mangsa tekanan mental di tempat kerja?


Antara tanda-tanda tekanan adalah :

  • Bersikap ganas (panas baran)
  • Gelisah
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tidur
  • Hilang tumpuan, motivasi
  • Kemurungan
  • Kerisauan yang berlebihan
  • Kelesuan
  • Mudah meradang
  • Perasaan bersalah

Punca-punca tekanan di tempat kerja


1.      Jenis Pekerjaan

Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

2.      Peranan dan Fungsi Pekerjaan

Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.

3.      Perhubungan

Konflik semasa rakan sekerja dan majikan.

4.      Kerjaya

Kurang intensif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, tidak dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

5.      Perubahan dalam organisasi

Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja.


Langkah Menangani Tekanan Kerja

1.      Bersikap realistik terhadap pekerjaan anda
  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda.
  • Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda.
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda.
  • Merasa seronok bekerja.


2.      Rancang kerja anda
  • Kendali masa anda dengan bijak.
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting.
  • Jangan tangguh kerja
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah.
  • Mengagihkan kerja dengan baik.
3.        
Tingkatkan kemahiran penyelesaian masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya.
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penylesaian.
  • Ambil tindakan secara wajar.

4.      Mempunyai sikap yang betul

  • Terhadap perubahan dalam kerja.
  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistic terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
  • Rancang perubahan secara teratur.
5.      Amalkan komunikasi berkesan di tempat kerja


  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas.
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda.

6.      Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesame rakan sekerja
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah.
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar.
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.

7.      Amalkan cara hidup sihat


  • Luangkan masa untuk beriadah.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi.
  • Bersenam selalu.
  • Berurut atau mengunjungi spa.
  • Bercuti
  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan.
  • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.